Description
Halal • Premium • Ready-to-Eat
Ini bukan sambal biasa.
Ini Sambal Tumis Cumi (Sotong Kering) DapoGO — pedas dia steady, rasa dia deep, dan bau sotong kering tu… fuhhh, memang naik selera 🔥🌶️
Dimasak pekat dengan cili kering pilihan dan sotong kering bulat yang kenyal, setiap suapan bagi rasa pedas manis berempah yang buat orang tambah nasi tanpa sedar. Memang ngam untuk si kaki pedas yang suka sambal “ada isi, ada jiwa”.
Paling padu dimakan dengan:
Nasi putih panas
Nasi lemak
Mee goreng / bihun goreng
Atau ratah pun layan 😌
Produk ini Ready-to-Eat (RTE) dan boleh disimpan suhu bilik sehingga 2 tahun. Sesuai simpan sebagai stok di rumah, pejabat, atau wajib bawa kalau travel — especially ke luar negara, tak payah rindu sambal Malaysia.
Cara penyediaan (senang gila):
Panaskan pouch dalam air mendidih ±2 minit, buka & terus hidang. Siap!
—
Ramuan:
Cili kering, sotong kering bulat, bawang merah, bawang putih, belacan, sos tiram, garam, gula & perasa yang dibenarkan.
—
Maklumat Produk:
Berat bersih: 180gm
Pembungkusan: Aluminium pouch
Saiz hidangan: 2–3 orang
Jangka hayat: 2 tahun
Simpanan: Suhu bilik
Nota: Selepas dibuka, simpan dalam chiller
—
Kesimpulan jujur:
Kalau kau suka sambal tumis sotong kering yang betul-betul rasa lama, pedas menyengat & tak kedekut bahan, yang ni memang wajib ada dalam stok dapur. Yang cuba sekali, biasanya repeat. Facts.




