OEM & Co-packing
Perkhidmatan OEM & Co-Packing Halal DapoGo

Datin Zamzarina Zambri — Pengasas, DapoGo Food Industries
Serahkan resipi anda — kami masak, pek retort dan hantar produk siap jual untuk jenama anda, dari kilang kami di Melaka Halal Hub. Perkhidmatan ini untuk pengusaha yang sudah ada produk dan pelanggan, tetapi tiada kilang sendiri.
Kalau anda baru nak faham apa itu co-packing dan sama ada ia sesuai untuk perniagaan anda, mulakan dengan panduan lengkap OEM & co-packing halal kami. Halaman ini pula menerangkan apa yang kami tawarkan.
Berapa kadar OEM DapoGo?
Ini kadar dalam kad kadar OEM DapoGo. Fi konsultasi dikira setiap sesi; fi pembangunan bermula pada kadar di bawah bagi setiap SKU (jenis produk). Harga pengeluaran sebenar disahkan selepas R&D dan pengiraan kos, mengikut resipi, berat pouch, pembungkusan dan kuantiti.
| Perkhidmatan & skop | Kadar |
|---|---|
| Konsultasi OEM 45–60 minit. Boleh ditolak daripada fi R&D jika diteruskan dalam 7 hari. |
RM250 / sesi |
| Private Label Produk berasaskan formula sedia ada DapoGo. |
Dari RM1,500 / SKU |
| Custom R&D Retort Sample Resipi pelanggan atau produk baharu. |
Dari RM3,500 / SKU |
| Complex Product Development Produk lebih kompleks atau yang memerlukan beberapa percubaan. |
Dari RM5,000 / SKU |
Pilot batch: MOQ 300–500 pouch / SKU. Pengeluaran penuh: MOQ dari 1,000 pouch / SKU, tertakluk kepada jenis produk dan pembungkusan. Pilot batch mempunyai kos seunit lebih tinggi. Sahkan kuantiti yang sesuai dalam sebut harga; sebarang percubaan lebih kecil perlu dibincangkan secara berasingan.
Terma pembayaran: 70% deposit; baki 30% sebelum penghantaran atau pelepasan stok.
Tidak termasuk kecuali dinyatakan: artwork, ujian makmal, fakta nutrisi, barcode dan permohonan halal. Fi R&D tidak dikembalikan. Sampel untuk penilaian sahaja, bukan untuk jualan.
Apa yang kami buat untuk jenama anda?
Tiga perkara, dari mula sampai siap: kami masak resipi anda di dapur kilang kami, kami pek dalam pouch retort yang membolehkan produk tahan pada suhu bilik, dan kami sediakan produk itu dengan label jenama anda — bukan jenama kami. Produk yang keluar dari kilang adalah produk anda sepenuhnya.
Ini teknologi yang sama kami gunakan untuk 54 produk DapoGo sendiri — sambal, rendang, set nasi dan pes masakan yang kami jual setiap hari di dapogo.com, Shopee, TikTok Shop dan Lazada. Dapur yang memasak untuk jenama anda ialah dapur yang sedang berjalan, bukan kemudahan yang menunggu pelanggan pertama.
Sesuai untuk siapa?
- Founder yang ada resipi terbukti — masakan anda dah ada peminat, tapi anda tak mampu atau tak mahu bina kilang sendiri.
- Jenama sedia ada yang nak tambah line RTE — restoran, katerer atau jenama runcit yang mahu versi tahan-lama produk mereka.
- Pengusaha yang sasarkan eksport — produk retort tidak memerlukan rantaian sejuk, jadi kos penghantaran jauh lebih terkawal.
Kenapa DapoGo?
Kilang kami beroperasi di Melaka Halal Hub (Plot 31 & 32, Jalan EP Serkam 9, 77300 Serkam, Melaka) sejak Jun 2026. Kami bukan pembekal pembungkusan yang jual pouch kosong — kami kilang yang memasak, kerana kami sendiri jenama makanan. Perniagaan RTE kami bermula Oktober 2020, jadi selok-belok rasa, tekstur dan tempoh simpan produk retort adalah kerja harian kami, bukan teori.
Untuk memahami kenapa format retort sesuai untuk produk anda berbanding frozen atau vakum, baca perbandingan retort vs frozen vs vakum.

Format dan saiz apa yang ditawarkan?
Kilang kami mengendalikan pouch retort aluminium jenis berdiri (stand-up) dan jenis rata (pillow) — dua format paling lazim untuk lauk berkuah, rendang dan pes. Untuk sambal, kami juga menawarkan balang kaca. Saiz pek ditentukan oleh berat kandungan produk anda, jadi ia dipadankan semasa fasa spesifikasi dan bukan dipilih daripada senarai tetap.
Macam mana prosesnya?
Enam langkah mengikut kad kadar OEM: pertanyaan, konsultasi OEM, sebut harga R&D, sampel R&D, kelulusan & pilot batch, dan pengeluaran penuh. Lihat proses OEM DapoGo untuk apa yang anda perlu sediakan pada setiap peringkat.
Mula dengan satu pertanyaan
Ceritakan produk anda — apa masakannya, siapa pelanggannya, dan anggaran kuantiti yang anda fikirkan. Kami akan balas dengan langkah seterusnya yang jelas.
- WhatsApp — cara paling cepat untuk dapat jawapan.
- Borang hubungi: hantar butiran produk anda melalui halaman hubungi kami.
