Welcome to Dapogo Official Website!
Penghantaran Seluruh Malaysia
Masakan kampung premium sedia untuk anda di mana sahaja dan bila-bila masa.
Welcome to Dapogo Official Website!

Tentang DAPOGO
Your Kitchen On The Go

DAPOGO membawa rasa autentik masakan kampung Malaysia ke mana-mana dengan cara yang lebih mudah, tahan lama dan praktikal — tanpa mengorbankan rasa, kualiti dan sentuhan homecook sebenar.

Dari Dapur Kecil Ke Jenama Ready-To-Eat Tempatan

DAPOGO lahir daripada satu misi yang sangat simple — nak bagi orang ramai rasa lauk kampung sebenar walaupun sibuk, travel, duduk overseas atau tak sempat memasak.

Kami percaya makanan bukan sekadar untuk kenyang, tapi tentang memori, nostalgia dan rasa “air tangan rumah” yang boleh dinikmati walau di mana anda berada.

Misi DAPOGO

Membawa rasa autentik masakan kampung Malaysia ke mana-mana dengan cara yang lebih mudah, tahan lama dan praktikal — tanpa mengorbankan rasa, kualiti dan sentuhan homecook sebenar.

Visi DAPOGO

Menjadi jenama Ready-To-Eat makanan kampung No.1 di Malaysia dan membawa warisan rasa tempatan ke pasaran global melalui teknologi makanan moden.

Story Behind DAPOGO

Diasaskan oleh Datin Zamzarina Zambri, DAPOGO bermula daripada passion beliau yang sangat mendalam terhadap dunia masakan. Sebagai seorang yang cerewet tentang rasa, beliau mahukan makanan Ready-To-Eat yang benar-benar kena dengan tekak Melayu.

Setiap kali travel ke luar negara, beliau berdepan masalah yang sama — susah nak jumpa makanan RTE yang sedap, pedas, autentik dan memenuhi standard rasa masakan Melayu sebenar.

Dari situlah tercetusnya idea DAPOGO.

Akar Rasa: Johor, Minangkabau & Dunia Dapur Sejak Kecil

Beliau membesar dalam keluarga yang kedua-dua belah ibu dan ayah hebat memasak serta terlibat dalam bisnes catering. Dunia dapur, rempah dan masakan kampung sudah sebati dalam jiwa sejak kecil.

Ketika mendapat tawaran ke sekolah asrama penuh di Kolej Tunku Kurshiah (TKC) sekitar tahun 1986, subjek SRT menjadi turning point sebenar. Dari situ, minat beliau dalam bidang masakan semakin mendalam dan skill mula diasah dengan lebih serius.

Latar Belakang & Sejarah

Oktober 2020

Aktiviti perniagaan makanan RTE dimulakan lebih awal melalui Studio One Creative milik pengasas, Datin Zamzarina Zambri.

Segambut, Kuala Lumpur

Bermula secara kecil-kecilan dari central kitchen dan berkembang melalui Shopee, TikTok, Lazada, WhatsApp Catalog dan laman web rasmi.

20 Januari 2025

DAPOGO Food Industries Sdn. Bhd. didaftarkan secara rasmi sebagai kesinambungan aktiviti perniagaan makanan RTE.

Jun 2026

DAPOGO melangkah ke premis kilang baharu di Melaka Halal Hub sebagai pusat operasi dan pengeluaran utama.

Rahsia Sebenar DAPOGO Ialah Rasa

Apa yang membezakan DAPOGO bukan sekadar teknologi retort atau shelf life sehingga 2 tahun. Rahsia sebenar DAPOGO ialah rasa.

Kami obses memastikan setiap lauk masih rasa seperti baru dimasak — pedasnya cukup, rempahnya padu dan aroma lauk kampung masih kekal macam masakan mak di rumah.

“Retort technology doesn’t replace home cooking. It preserves it.”

Autentik

Resepi keluarga Johor dan Minangkabau yang menjaga identiti rasa asal.

Praktikal

Mudah dibawa, mudah disimpan dan mudah dinikmati bila-bila masa.

Teknologi Moden

Teknologi makanan moden membantu mengekalkan rasa dan ketahanan produk.

Menu Kampung Yang Dibawa Ke Mana-Mana

Daripada Sambal Bomblado Paru, Daging Salai Masak Lomak Cili Api hinggalah Nasi Lemak Johor style dengan halba — semuanya dibangunkan dengan prinsip menjaga soul masakan rumah.

Ready-To-Eat

Lauk kampung yang mudah dipanaskan dan terus dimakan.

Teknologi Retort

Membantu makanan tahan lama tanpa perlu bahan pengawet (preservatives) atau disejukbeku (frozen).

Kualiti Terjaga

Dibangunkan untuk mengekalkan rasa masakan kampung sebenar.

DAPOGO Food Industries Sdn. Bhd.

Nama Syarikat:
DAPOGO FOOD INDUSTRIES SDN. BHD.

Factory Address:
Plot 31 & 32
Jalan EP Serkam 9
Melaka Halal Hub
77300 Serkam, Melaka

Ikuti Perjalanan DAPOGO

DAPOGO bukan sekadar jenama makanan. Ia adalah simbol bagaimana masakan tradisional boleh bergerak seiring teknologi moden dan dibawa ke seluruh dunia tanpa hilang soul asalnya.

DAPOGO

Your Kitchen On The Go

Masakan kampung premium sedia untuk anda di mana sahaja dan bila-bila masa.

Hubungi Kami

DAPOGO FOOD INDUSTRIES SDN. BHD.
Plot 31 & 32,
Jalan EP Serkam 9,
Melaka Halal Hub,
77300 Serkam, Melaka

☎ 011-5501 3391
✉ info@dapogo.com / dapogo.hq@gmail.com
🕘 Isnin – Jumaat: 9:00 pagi – 6:00 petang

Shopping cart

0
image/svg+xml

No products in the cart.

Continue Shopping