Description
Halal • Premium • Ready-to-Eat
Gulai kawah kenduri yang biasanya tunggu majlis kahwin atau kenduri kampung — sekarang boleh makan hari-hari, di mana saja.
Gulai Kawah Daging & Umbut Pisang — menu klasik dari utara tanah air yang makin rare, dimasak ikut cara lama, rasa pekat berlemak, cukup rempah dan sangat “kenduri vibes”.
Daging tetel lembut dimasak lama bersama umbut pisang muda yang menyerap kuah gulai kawah dengan sempurna. Rasa dia bukan biasa-biasa. Ini jenis lauk yang buat orang senyap masa makan 😌
Kini siap diproses menggunakan teknologi retort, menjadikan gulai tradisional ini:
Tahan sehingga 2 tahun
Boleh simpan suhu bilik
Mudah dipos ke seluruh Malaysia & luar negara
Tak perlu tunggu kenduri. Buka pouch, terus makan.
—
Kenapa wajib ada stok?
Menu tradisi semakin sukar didapati
Portion besar, lebih puas
Sesuai untuk stok rumah, pejabat, travel, hiking, camping & anak asrama
Rasa autentik macam orang masak kawah betul-betul
—
Cara Penyediaan
Panaskan pouch dalam air mendidih selama 2 minit, buka & hidang bersama nasi panas.
Nak lagi padu? Makan dengan Sambal Lenyek DapoGo — memang terangkat level dia 🔥
—
Maklumat Produk
Berat Bersih: 350gm
Hidangan: 2–3 orang
Shelf Life: 2 tahun
Penyimpanan: Suhu bilik
—
Ingredients / Ramuan
Daging tetel (beef trimmings), umbut pisang, rempah ratus, bawang merah, bawang putih, halia, lengkuas, gula merah, gula, garam & perasa makanan yang dibenarkan.
Tanpa bahan pengawet.




