Description
Halal • Premium • Ready-to-Eat
Kalau kau peminat kambing, menu ni memang bahaya.
Sekali cuba, susah nak move on.
Kambing Sauna Grill Kicap Berempah DapoGo dimasak ikut teknik istimewa –
👉 daging kambing di-sauna dulu ala menu Arab untuk kekalkan jus & kelembutan,
👉 kemudian di-grill perlahan atas api kecil,
👉 akhir sekali digau sebati dengan pes kicap berempah yang kaya rasa rempah, ada sentuhan manis, cukup seimbang.
Resepi keluarga ini sangat terkenal di kalangan orang Jawa di Johor.
Rasa dia bukan biasa-biasa – aroma naik dulu, lepas tu baru rasa “ohh ni lain macam”.
Kini siap dipek menggunakan teknologi retort dalam aluminium pouch.
Sedia dimakan bila-bila masa, tak perlu peti sejuk, tahan 2 tahun pada suhu bilik.
Sesuai jadi stok lauk di rumah, pejabat, atau wajib bawa kalau travel.
Cara penyediaan super senang
✔ Panaskan pouch dalam air mendidih selama 2 minit
✔ Buka & hidang terus dengan nasi panas
Nak lagi padu?
Makan sekali dengan Sambal Lenyek atau Chili Oil DapoGo.
Confirm… nasi tak cukup sepinggan 😌
—
Maklumat Produk
• Berat bersih: 200gm
• Hidangan: 2–3 orang
• Shelf life: 2 tahun
• Simpanan: Suhu bilik
—
Ingredients / Ramuan
Daging kambing bahagian shoulder lamb (import New Zealand),
kicap manis, kicap masin, kicap pekat, rempah-ratus, pes cili,
bawang merah, bawang putih, halia, serai, gula, garam
& perasa makanan yang dibenarkan.
❌ Tanpa bahan pengawet
—
Ringkasnya:
Lembut, berempah, beraroma, senang sedia, dan travel-friendly.
Menu ni bukan sekadar lauk – ni penyelamat bila lapar datang mengejut.




